Thursday, 17 September 2015

BAB 4. KEUNIKAN DAN CIRI-CIRI KOTA A'FAMOSA

A'Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar A'Famosa, atau secara rasminya kubu Melaka (Fortaleza de Malacca). Pembinaan Kota A'Famosa ini mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut.

Kota A'Famosa ini dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menejalang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Kota A'famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan Jalan Istana. Penjajahan Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

Kota ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merengani sungai. Selain daripada itu, kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 4.5 meter. Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.

Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk memudahkan pada masa peperangan. Sementara itu di sekeliling tembok kota juga ditempatkan 60 orang sepoi yang lengkap bersenjata. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam kota selepas pukul 6 petang . Pada pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi sungai ditarik naik ke atas kota. Sesipa yang berjalan di sekitar kota tanpa membawa jamong atau lampu suluh akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal. Begitu juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.

Tambahan di dalam kota ini juga terdapat beberapa buah bangunan. Salah sebuah bangunan setinggi 36.3 meter dan mempunyai empat tingkat bangunan. Ia digunakan sebagai tempat kediaman dan kawalan keselamatan di sekitar kota. Sebuah bangunan lagi setinggi lima tingkat dan pada tingkat kedua didiami oleh Kapten orang Portugis di Melaka. Pada tingkat ini terdapat kediaman pegawai-pegawai dan simpanan peluru-peluru manakala pada tingkat bawah sekali adalah tempat simpanan barang-barang makanan seperti beras dan lain-lain. Namun kini corak penempatan kota A'Famosa telah pun berubah dari masa ke semasa berikutan pembangunan ekonomi negara.

a. Batu Laterit
Batu Laterit merupakan sejenis batu yang biasanya terdapat di pinggiran pantai dan pulau-pulau di negeri Melaka. Pada zaman pemerintahan Portugis , batu laterit telah digunakan bagi membina kota pertahanan dan gereja milik mereka. Batu ini diperolehi dari Pulau Upeh dan pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Jawa dan Pulau Panjang. Batu ini dipotong secara manual oleh buruh-buruh paksa semasa pemerintahan Portugis.

Senibina bangunan yang menggunakan batu laterit dan masih kekal hingga kini adalah Gereja St. Paul, Pintu Gerbang Santiago (A'Famosa) , Kota St. John dan bangunan Stadthyus. Manakala sebahagian besar rumah besar kedai di Jalan Hang Jebat (Jonker Street) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pada zaman pemerintahan Belanda menggunakan batu jenis ini yang diambil daripada runtuhan bangunan zaman Portugis.

Di samping itu, hasil daripada perbualan lisan yang dijalankan bersama Latifah Abdul Latif  (23 Oktober 2014) menjelaskan bahawa "putih telur ayam telah dicampurkan bersama batu karang laut yang telah dihancurkan untuk mencantumkan batu-batu tersebut dalam proses pembinaan kota A'Famosa. Sumber yang berikut diperolehi daripada hasil bumi tanha Melayu itu sendiri. Tambahan , kependudukan dalam kota A'Famosa hanyalah terdiri daripada orang-orang Portugis sahaja, manakala orang-orang Melayu telah diusir daripada penempatan tersebut bagi melambangkan kemegahan kota A'Famosa".


No comments:

Post a Comment