Thursday 17 September 2015

ISI KANDUNGAN

Bab 1: Sejarah penempatan Kota A'Famosa
1.1 Latar belakang Kota A'Famosa
1.2 Peristiwa yang berlaku di Kota A'Famosa

Bab 2: Kerajaan Portugis di Negeri Melaka
2.1 Sejarah penjajahan kerajaan Portugis di  Melaka
2.2 Tragedi dalam mempertahankan kemerdekaan Negara

Bab 3: Keruntuhan Kota A'Famosa

Bab 4: Keunikan dan Ciri-ciri Kota A'Famosa

Bab 5: Kesan dan usaha yang dapat di ambil bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam diri

Bab 6: Kesimpulan

Bab 7: Rujukan


PENDAHULUAN

Melaka, sebuah negeri yang kaya dengan kesan-kesan sejarah tanah air yang penting, malah negeri ini juga pernah menjadi pusat sebuah empayar yang luas pada abad ke-15. Salah sebuah kesan sejarah yang terkenal ialah Kota A Famosa yang kini hanya tinggal pintu kotanya sahaja, iaitu di kaki Bukit St. Paul yang lebih dikenali sebagai Porta de Santiago. Menurut Mohd Yusuff Hashim (2005) “kewujudan Melaka sebagai suatu entiti politik dan kerajaan memberi pengertian sejarah yang cukup besar dan bermakna dalam persejarahan Malaysia. Malah ada sarjana di pelbagai peringkat institusi pendidikan negara yang kerap menyarankan bahawa persejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka” (m.s 3)Pada tahun 1509, Portugis telah menghantar orangnya, iaitu Diago De Square ke Melaka sebagai pedagang. Disamping berdagang, beliau mengawasi setiap perkembangan yang berlaku di Melaka. Kerana kesilapannya, Diago De Square dan orang-orangnya, telah ditawan dan dipenjarakan oleh Sultan Melaka. “Pada 25 November 1510, .AlFonso De Albuquerque telah menawan Goa di India dan dari sinilah beliau telah merancang untuk menyerang Negara Islam di sebelah timur, iaitu Melaka” (IesNordin Hj Malan, 1997, 31). Selain daripada menguasai perdagangan yang diperdagangkan di Eropah, beliau juga menakluk serta menyebarkan agama Kristian. Pada 24 Ogos 1511, tentera-tentera Portugis di bawah pimpinan AlFonso De Albuquerque telah menumpaskan pahlawan-pahlawan Melaka di dalam satu peperangan yang sengit dalam masa satu bulan. Mulai dari detik itu, lenyaplah keagungan dan kemegahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang tinggal hanyalah tercatat di dalam kenangan sejarah sahaja. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Selain itu, A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Kota A Famosa mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan. Pembinaan kota A Famosa ini dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque, boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu. Kota A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Malahan, penjajah Portugis turut menjadikan kota A Famosa sebagai satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

Melalui pemerhatian,kami dapat mengamati sesuatu yang terdapat di lokasi kajian iaitu A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka yang dapat dikenal pasti dengan lebih lanjut. Peranan kami sekumpulan adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan sejarah yang telah lama ditinggalkan berabad-abad lagi serta melihat tingkah laku subjek sama ada jauh mahupun dekat. Kami sekumpulan menggunakan kaedah pemerhatian yang memudahkan kami untuk mencari maklumat. Pemerhatian adalah salah satu kaedah yang perlukan pemerhatian, mencatat dan merekod sesuatu kajian yang dikaji. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam pelbagai bidang yang menjalankan kajian. Sebelum membuat pemerhatian kami perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan, dilakukan dengan sistematik, mempunyai fokus dan perlu dicatatkan dengan baik. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah dan bermunasabah.


OBJEKTIF KAJIAN

A) Menerangkan sejarah penempatan di A'Famosa
B) Menghuraikan peristiwa yang berlaku di A'Famosa
C) Mengenal pasti sejarah kerruntuhan Kota A'Famosa
D) Mengenal pasti keunikkan dan ciri-ciri Kota A'Famosa
E) Membincangkan kesan yang dapat diambil bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam diri

BAB 1.SEJARAH PENEMPATAN KOTA A FAMOSA

1.1 LATAR BELAKANG KOTA A FAMOSA


Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

1.2 PERISTIWA YANG BERLAKU DI KOTA A'FAMOSA



Penaklukan oleh Belanda




Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang mengorbankan lebih 7,000 orang akibat tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.
Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satusatunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".


Pentadbiran oleh British


Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, temboktembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota A' Famosa pada hari ini dalam tahun 1807 , telah memusnahkan hampir seluruh kota itu , dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini , iaitu Porta de Santiago.Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

BAB 2. KERAJAAN PORTUGIS DI NEGERI MELAKA

 2.1 SEJARAH PENJAJAHAN KERAJAAN PORTUGIS DI MELAKA

Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu.

Ketika itu perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya.

Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran Kristian.


Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.


Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509.

Melaka masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.


Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.

Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo.

Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.

Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya.

Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka.

Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.

Portugis telah  menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden.

Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque.

Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golonganFidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal.

Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor.

Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.

2.2 TRAGEDI DALAM MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN NEGARA

 Kota A Famosa buatan Alfonso de Abuquerque ini ternyata telah terbukti mampu membuat tentara Portugis bertahan selama 130 tahun. Pada tahun 1512, pasukan perang Malaka yang tinggal sisa melakukan berkali-kali serangan untuk merebut Malaka dari tangan Portugis. Serangan ini dipimpin oleh Sultan Mahmud Shah, tetapi selalu gagal. 


Akhirnya Sultan Mahmud Shah putus asa dan akhirnya meninggal dunia di Kampar tahun 1529. Setelah Sultan Mahmud Shah meninggal, perjuangan dilanjutkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II, seorang putra Sultan Mahmud Syah dari Johor. Namun, serangan ini gagal dan tidak membawa hasil. Kemudian Sultan Alauddin mendapatkan bantuan tentara dari Bugis dan Riau, tetapi itupun tidak membawa hasil. Pada tahun 1620, Kerajaan Aceh cuba melawan Portugis, namun serangan ini pun banyak mengalami kegagalan. Justru tentara Aceh banyak yang menjadi korban perang tenggelam di Selat Malaka. 


Tragedi seterusnya, penyerbuan Pati Unus terhadap Portugis di Malaka adalah perang terbesar di Asia Tenggara pada masanya. Pati Unus dengan ribuan pasukan yang merupakan gabungan dari prajurit-prajurit terpilih dari kesultanan-kesultanan Islam di Nusantara, seperti Demak, Banten, Cirebon, Riau sampai kesultanan Islam di Semenanjung Malaya yang diperkuat dengan 300 kapal perang buatan Kesultanan Ternate dan Gowa. Yang dilawan adalah serdadu-serdadu Portugis yang berlindung di Malaka, di balik benteng yang sudah dipenuhi moncong meriam.Lamanya perang simpang siur, beberapa sumber mengatakan bahwa perang ini berlangsung sampai berbulan-bulan. Armada gabungan kesultanan-kesultanan Islam ini pun tak mampu menaklukkan A Famosa di era itu. Justru peluru meriam yang dimuntahkan dari benteng mengenai kapal Pati Unus dan menyebabkan Raja Demak ini gugur di medan laga. Ini yang membuat kemudian pihak Demak menarik mundur pasukan sehingga peperangan berakhir.Mundurnya armada Demak ini tak lain karena gugurnya Pati Unus juga karena tikaman dari dalam mengingat ada teori yang mengatakan bahwa sebagian dari pasukannya berkhianat dan membelot ke pihak Portugis. Maka hasil perang ini bisa ditebak, Portugis tetap menguasai Malaka, namun cerita keberanian Pati Unus ini  diceritakan turun – temurun, kelak orang-orang jawa mengenal Pati Unus dan seterusnya sebagai Pangerang Sabrang Lor atau Pangeran yang menyeberang ke utara, merujuk pada ekspedisi penyerbuannya ke Malaka.